Pages

Wednesday 12 June 2013

Buat Tofu/Tauhu/Tokua Home Made

Dsc05220


Tofu-Tauhu-Tokua


Bahan-bahan ( 1-2 keping )
  • 1.5 liter air soya
  • 1/4 cawan cuka

Cara-cara

  1. Panaskan air soya dalam periuk hingga mendidih
  2. Tutup api. Tuangkan cuka. Kacau sekejap. Tutup periuk selama lebih kurang 5 minit. Air soya akan curdle mcm kat gambar.
  3. Dsc05218
    Ambik bekas plastik yg berlubang tepi dan bawah dan lapikkan dengan kain kasa. Saya guna plastik berlubang tapis sayur jer. Kalau nak tokua bentuk empat segi, gunakan bekas yg berbentuk 4 segi ok.
  4. Tuangkan soya kedalam bekas tadi. Air akan keluar melalui lubang bekas ni. Lipatkan kain kasa untuk tutup tokua tadi. Tindankan buku tebal 2,3 buah keatas bekas tadi untuk mengeluarkan semua air.
  5. Tokua siap lebih kurang 20 minit. Kalau nak keras lagi, tindan dengan buku lebih berat sikit dan lebih lama sedikit. Lepas tu, bolehlah digoreng dengan sayur :)
  6. NOTA: Resipi ini akan menghasilkan semangkuk tokua. Kalau nak lebih alang alang dah buat tu, sila double or triple resipi ni. Selamat mencuba.

1 comment:

  1. Wah...nmpk mcm senang....boleh cuba...

    Ada masa free...jom lawat blog saya..

    www.sihatnatural.blogspot.com

    ReplyDelete

Leave Your Comment Here,...