Pages

Thursday 13 June 2013

Kuruskan Badan dengan Sauna??

Sauna (Mandi Wap) Kurangkan  Berat Badan??? Betulke Sauna Boleh Bantu Turunkan Berat Badan.......

Kalau nak pengesahan kita kenalah rujuk dengan pakar dalam bidang sauna. Saya rujuk dengan buku yang ditulis oleh pakar sauna yang "Top" iatu Dr. Lawrence Wilson. MD dalam bukunya yang bertajuk Sauna Therapy

Nak tahu apa kata beliau dalam bukunya  itu (Sauna Therapy)

Betulke bila kita mandi sauna(mandi wap) pada masa yang sama kita akan bakar kalori (Burn calories)?

Ya tapi lain sikit caranya, Rasa panas akibat dari wap panas menyebabkan sistem dalam badan berusaha untuk menyejukkan suhu badan dan masa nilah  kalori dalam badan akan dibakar.

Bolehke Sauna kurangkan berat badan???

Yep, betul tapi bukan sepert yang anda fikirkan. ( Lepas Sauna dua tiga kali, terus Berat Badan Turun, Tak akan jadi cam ni)

Buat sementara ya air berlebihan dalam badan akan berjaya dikurangkan sebab banyak berpeluh. Tapi yang pentingnya Dr. Wilson kata jika diamalkan secara teratur, bagi sesetengah orang berat badan akan dapat dikurangkan terus (lasting) akibat dari penyingkiran tisu-tisu yang tak sihat dalam badan. Masih ragu-ragu lagi????

Kata Dr. Wilson lagi, ada beberapa strategi bagaimana sauna boleh membantu anda menurunkan berat badan.


#1 Tisu berlemak biasanya mempunyai "poor circulation" (peredaran darahyang kurang baik), jadi penggunaan sauna membantu membaiki peredaran darah pada tisu yang berlemak dan pengunaan yang berterusan mampu memecahkan simpanan lemak dalam badan. (Ni punca banyak penyakit arteri tersumbat, kalestrol tinggi dll.)

#2 Persekitaran yang kurang sihat dan bertoksik telah menghilangkan keseimbangan hati, adrenals, pankeres dan lain-lain organ boleh menyebabkan kita mengidamkan "Junk Food" (Makanan yang tak berkhasiat). Tetapi apabila kita kerap bersauna ia akan mengurangkan keinginan untuk makan makanan yang manis-manis, berkanji dan berlemak, ia berfungsi seperti kita membuat "house cleaning" dalam badan kita.

#3 Penggunaan Sauna secara teratur dapat membantu meningkatkan penyerapan nutrisi dari makanan dengan menyingkirkan  logam beracun (metal toxic) dan bahan kimia. Tahu tak ramai orang berfikir apabila mereka rasa lapar maksudnya tubuh mereka memerlukan nutrisi. Salah tu... sebenarnya jika lebih banyak nutrisi yang diserap maka anda akan kurang keinginan untuk  makan. Maksudnya di sini ialah anda perlu makan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi dan badan hanya akan dapat menyerapnya dengan baik apabila toksin tiada dalam badan.

Ringkas cerita: SAUNA- TOKSIN=BADAN DPT SERAP NUTRISI DARI MAKANAN--->KURANG KEINGINAN UTK MAKAN=BERAT BADAN BERKURANG


# 4 Menggunakan Sauna dapat membantu meningkatkan proses metabolisme badan. Dr Wilson mengatakan bahawa bersauna boleh membantu tubuh anda membakar lemak lebih efisien. Penggunaan sauna untuk menurunkan berat badan mestilah disertai dengan penggunaan yang teratur, makan dengan betul dan lakukan excersies.
Apa yang penting kita kena jaga kesihatan kita sendiri, sebelum kita jatuh sakit, banyak risiko penyakit kalau berat badan berlebihan.

No comments:

Post a Comment

Leave Your Comment Here,...