Pages

Thursday 13 June 2013

Etika dan Peraturan Sauna/Mandi Wap

1.  Sila pastikan tubuh anda bersih dari sebarang kotoran, seelok-eloknya mandi sebelum bersauna

2.   Tanggalkan segala pakaian anda termasuk pakaian dalam. Sila gunakan kain basahan/tuala.

3.    Tinggalkan tuala, sandals dan cermin mata sebelum sauna. Anda boleh membawa bersama air mineral.

4.    Masuk dlm sauna, duduk ataupun berdiri mengikut keselesaan anda, pastikan bila anda duduk kulit anda berlapik dengan kain atau tidak bersentuh secara terus dengan bangku.
(Gambar Hiasan Sahaja)

5.    Tenangkan fikiran, rileks, bernafas seperti biasa, biarkan wap panas menyelubungi anda. Liang pori-pori anda akan terbuka dan mulai berpeluh.

6.    Sekiranya wap terlalu tebal dan anda tidak tahan dengan kepanasan wap, buka  seketika untuk melepaskan wap tebal dan tutup semula.

7.    Jangkamasa ketahanan badan untuk berada dalam bilik sauna setiap orang adalah berbeza. Oleh itu anda boleh memilih untuk keluar sekejap selepas 15 minit untuk rehat 2-5 minit sebelum masuk semula atau bergantung kepada keselesaan anda.

8.    Jangan paksa diri anda untuk bertahan!

9.    Jangan “Beradu Kekuatan” Siapa boleh bertahan lama bersauna.

10. Sekiranya anda berasa lemah, pening atau mual segera keluar dari sauna.

11. Anda perlu minum banyak air untuk menggantikan kehilangan air dari badan semasa proses pepeluhan  dan untuk mengimbangi suhu badan.

12. Sekiranya anda, ingin melulur badan lakukan perlahan-lahan, jangan gosok dengan kuat.

13. Setelah anda selesai, keluar dari bilik sauna dan rehat seketika, anda boleh mandi untuk menghilangkan peluh dan kotoran di badan.

14. Anda akan merasa penat, lapar dan mengantuk, buah-buahan seperti pisang dan jus buah elok untuk menggantikan potassium yang hilang dari badan dan untuk membekal tenaga. Minum banyak air.

15. Anda akan tidur lebih lena dan berasa lebih segar pada keesokan harinya.

16. Ada juga yang demam pada hari berikutnya, ini adalah disebabkan pengembangan otot badan. Jangan risau.
Bersauna boleh men”nyah” toksin dari tubuh badan menerusi perpeluhan, menghilangkan “stress”, meningkatkan metabolisma badan, membantu mengatasi masalah berat badan, melancarkan peredaran darah dan sistem limpa, penyakit sendi, rheumatism, menyingkirkan sel-sel kulit mati, melembutkan kulit dan mengembalikan keremajaan kulit.
Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.      

No comments:

Post a Comment

Leave Your Comment Here,...