Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada
juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surah yang diturunkan selepas Surah
Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan
Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini
menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin
dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan,
dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.
Apa yang hebatnya surah Al-Waqiah ini, dengan amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah
setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap
malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.
(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada
isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat
Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barang siapa yang membaca surah
Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan
selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan
ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya:
“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah
pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari
pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir
terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak
pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil
dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya
kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan
yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula
penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan
adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
§ Bila orang membiasakan membaca surah
ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
§ Bila di baca 14 kali setiap selesai
solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang
berlimpah ruah.
§ Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali
dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya
khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
§ Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa
bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3
kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu
melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
§ Amalan orang-orang sufi, supaya
dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari
Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25
kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat
berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali,
selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat
keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan
sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
Insya’Allah berhasil.
§ Surah ini jika dibaca disisi mayat atau
orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari
jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di
tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera
melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin
sebagai selusuh.
§ Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas
katanya, Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu
berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis.
Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa/tidak makan ikan, daging, segala
haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
§ Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu,
membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai
setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan
Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
§ Pada malam Jumaat terakhir ini
hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000
kali.
Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu
dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya
kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan
memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa kesana nanti. Jangan
berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezki yang
banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah
SWT memperkenankan doa-doa kita. Membaca surah ini dengan hati yang ikhlas memohon
rezki dariNya.
SHARING IS CARING :)
Terima kasih banyak, posting ini sangat bermanfaat
ReplyDelete