Pages

Wednesday 21 December 2016

BELAJAR BERSYUKUR

SEMUANYA TETAP SAMA

1. Ketika kawan kita beli kereta Honda yang sekali ganda harga Proton Saga, kita tetap sampai pejabat yang sama

2. Ketika kita beli beg tangan Gucci berharga RM7,000 dan kawan kita beli beg tangan Sogo RM200, ia tetap menyimpan panadol, bahan mek up, bedak, pin tudung, tisu yang sama.

3. Ketika harga kasut yang kita beli berharga RM1,500 dan kita guna kasut Bata RM79.90, ia tetap mengalas kaki kita dari rasa sakit.

4. Ketika kita membawa anak bercuti keluar negara dan dalam negara. Anak kita tetap perlukan masa percutian dan kualiti peluk abah dan mama yang sama.

5. Ketika jam tangan kita yang berharga RM2500 dan jam tangan Q&Q kita RM79.90. Ia tetap menunjukan waktu yang sama. 

6. Ketika ada yang tinggal dalam bunglo yang keluasannya lebih 10'000 kaki persegi dan kita yang tinggal rumah teres 1'200 kaki persegi. Ia tetap sunyi kalau suami asik dikedai kopi.

7. Kepuasan diri yang bezakan kita, ada yang bersyukur dengan apa adanya. Hidup bukan membanding dan berlumba, tetapi belajar bersyukur sebenarnya. 

Lihat kelebihan orang bukan kekurangan kita.

Gegadis tak suka kita bandingkan mereka dengan Nelopa

#BelajarCiptaRasaSyukur 

Kredit : *Azizul Azli Ahmad* & sharing by *zakie zamani*

P/s: nmpak org berjaya, jangan ingga.


No comments:

Post a Comment

Leave Your Comment Here,...